Saturday, August 28, 2010

Mari Bersengkang Mata

fuh!

memang betul-betul bersengkang mata kami berdua sejak seminggu lebih balik dari hospital..malam pertama memang setiap jam Akif terbangun..tak tidur lah kami sampai sahur..huhu..
malam kedua dan seterusnya kami dah semakin lali dengan perubahan jadual tidur kami..heheh..
tapi sejak 2,3 malam nih aku pula yang selalu tak perasan bila Akif terbangun, tau2 jek muka Akif dah merah padam, tanda lama dah meragam..hehehe..
dan lebih malang lagi, kalau aku terbangun pun, automatik aku sangat senang tertidur balik, kesian abg melayan Akif sorang2..
malam nih aku berazam nak kawal mengantuk lah..esok nak gerak balik kluang, bagi abg rehat sikit..

p/s : sorry laling..tak sengaja tertidur masa layan Akif..heheh..pala ting tong gile..

Saturday, August 21, 2010

Lapan Belas Ogos

Aku melalui satu lagi pengalaman baru dalam hidup..mengira setiap detik menanti kelahiran orang baru dalam hidup kami berdua..

Aku dijadualkan bersalin pada 10/8/2010, namun aku langsung tidak mengalami sebarang tanda mahupun kontraksi..dalam hati memang la seram sejuk pikir macam mana rasa sakit-sakit tu, tapi bila sakit yang ditunggu tak kunjung tiba, aku risau la pulak..huhu.. memandangkan air ketuban dan degupan jantung baby ok, doktor bagi tempoh seminggu lagi.. seboleh-boleh dia mengharapkan aku melalui sakit semulajadi, bukan secara paksaan..

Tunggu..punya tunggu..tamat sudah tempoh seminggu..17/8/2010, aku masih seperti biasa, mampu berjalan dengan laju, tiada rasa sakit nak bersalin..tepat jam 11 malam, aku kena tahan wad, berkampung lah kami suami isteri di sini..nak tak nak kena juga guna cara induce..erk!org cakap sakit induce nih, bile kene terus rasa nak meneran..sebelum tu doktor periksa bukaan, baru 1.5cm..jauh lagi masa nak bersalin..

Jam 1 pagi, induce pertama diberikan..part seluk-seluk la yg paling ngeri..jam 3 pagi nurse kejut, nak periksa jantung baby, semua ok..jam 7 pagi, doktor datang masukkan induce kali kedua, bukaan masih sama lagi..jam 1 tgh hari, doktor cek bukaan baru buka 2cm..peh!brape hari mau tunggu daaaa..huhu..

Doktor bagi kami 2 options..sama ada nak mintak transfer ke hospital kerajaan untuk buat 2nd round induce atau bersalin secara pembedahan di pusrawi..aku memang dah tak sanggup nak kene induce lagi..denyutan jantung baby pun berisiko untuk jatuh jika aku diinduce lagi..bincang dgn abg dan family, aku setuju dibedah..

Jam 2.10 petang, aku diminta ke bilik bersalin untuk dipakaikan tiub kencing, ngilu okay!huhu..selesai pasang tiub, aku dibawa ke bilik pembedahan..pakar bius dah siap sedia tunggu aku..beliau teramatlah peramah, tapi tetap tak mengurangkan dup dap nak kene bedah..cucuk drip air di pergelangan tangan, tapi tak semena-mena bengkak pulak..kena lah cucuk tempat lain pulak, kat area atas sikit..mujur okay..cucuk bius kt tulang belakang..tak lama lepas kene cucuk, kaki trus rase kebas, lepas tu memang dah tak boleh nak angkat langsung dah..doktor Zul merangkap doktor bedah pun sampai, goyang2 badan aku sikit, mungkin nak periksa kesan bius tu kot..masa ni aku dh rase kebas dari paras dada ke bawah..

Jam 2.43 petang, baby telah selamat dilahirkan..doktor tunjuk baby kat aku, lepas tu terus bersihkan badan dia..selesai keluarkan baby, proses jahit-menjahit la pulak kan..yg tu pn aku tk rasa..tau-tau dah siap sume..heheh..aku sempat gak ternampak doktor zul tgh tarik benang jahit tinggi-tinggi, ape lagi..aku toleh pandang abg yang setia di sisi sepanjang proses pembedahan, seram aku nak membayangkan proses jahit-jahit nih..

Alhamdulillah..aku dan baby selamat..

Akhir kata, selamat berpantang untuk diriku..selamat bersengkang mata untuk aku dan abg..dan selamat datang ke dunia wahai anakku..Muhammad Akif..





 
Free Blogger Templates Blogger Styles