Wednesday, January 26, 2011

Mahu Meniarap.

Yabedabeduuuuuuuu!!

saat yang dinanti sudah tiba..Akif mula melangkah ke fasa meniarap..hehehehe..

sebelum ni, sakan la orang dok tanya, "dah pandai apa?", "dah meniarap?", bla bla bla..aku ckp je la, "belum lagi.heheh.."
sekarang tidak lagi..dengan penuh yakin.."ya, akif dah meniarap".

alkisahnya, Akif dah mula cuba-cuba meniarap masa dah nak dekat 5 bulan jugak..tiarap tapi tangan kanan tersepit bawah dada, pastu meraung la kan..hahah..
tengah syok mencuba, demam la pulak..terus berhenti aktiviti percubaan..kumpul tenaga balik..
malam tadi dia cuba lagi...dan BERJAYA!
cuma tak pro lagi..kejap je dah meraung mintak angkat..heehehe..

dan disebabkan akif dah makin rajin nak meniarap, terpaksalah hamparkan toto je depan tv nih..tilam sejemput tu dah tak mampu nak menampung cubaan meniarap Akif..kejap-kejap Akif terbabas keluar tilam..heheheh..

nak mula dah nih.

sepenuh tenaga.

tegak kepala sekejap.

sempat lagi sambar tangan..heheh

erk!tak larat dah.

sila rajin mencuba ye, Mr.Akif..
 
Free Blogger Templates Blogger Styles