Wednesday, August 21, 2013

Spektrum. Vaksin.

Speech delay. Checked.
No eye contact. Checked.
Tantrum. Checked.
Picky eater. Checked.
Asthma, eczema. Checked.
Imbalance. Checked.
Fully vaccine. Checked.

Panjangnye senaraikan..kita sebagai ibu bapa wajib aware dengan perkembangan anak-anak kita, kalau nampak anak tu lain sangat dari anak orang lain, cuba siasat punca. Zaman sekarang dah tak boleh pakai sangat dah "oh.. Cepat jalan, lambat lah bercakap nanti".

Semuanya bermula bila terjumpa group kat facebook, Our Healthy Unvaccinated Babies. Sangat memeranjatkan, menyesal tak sudah kenapa cuma jadi pak turut je rajin bawak anak cucuk tanpa study habis habisan.

Tiba part MMR, baru tau pulak antara side effect nye ialah autisme. Yang aku paham, autisme tu adalah sakit akibat kerosakan otak. Masih tak ambil pusing lagi. Cerita kat Abang, dia pun google sana sini, tengok Youtube, dia noticed, "eh Akif macam ada je yg ni, eh yang ni pun ada".. So daripada situ memang rasa something is wrong somewhere.

Seharian rasa sedih, saling memujuk hati, sebab tak sangka selama ni itu lah masalah Akif. Sebenarnya simptom tu dah ada lama depan mata, tapi kami tak perasan. Mujur Allah tunjuk jalan, belum terlambat untuk rawat dia.

Google lagi. Autisme boleh dirawat. Wah.. Rasa macam dapat nyawa kedua. CEASE Theraphy, tapi kat oversea pulak. Mujur ada sorang je doktor kt Malaysia ni buat gak, terus set appointment, lepas raya.

Akhirnya doktor diagnos Akif sebagai spektrum, kira cabang autisme gak.

Habis kisah diagnos, lepas ni kisah perkembangan rawatan, in shaa Allah berbaloi.

Paling penting, berhenti memvaksin anak. Bak kata pepatah, "educate before vaccinate".


Thursday, July 4, 2013

Tidur.

Yay!

Kami anak beranak dah dekat 3 minggu lepak Johor, yakni kampung den. Asalnya sang suami outstation dan lama pulak tu, padahal seminggu je pun, tapi bini dia ambik kesempatan gak nak berkepit celah ketiak mak. Hahahahaha. La ni suami dah kat KL, kitorang masih di Johor.

Malam pertama tidur rumah mak, anak-anakku boleh pulak tak ngantuk. Kita gelapkan ruang tamu, diorang lari gi dapur sebab sana terang benderang. Ces! Nasib baik masa tu ada tayangan movie Titanic, tak kisah sangat la berjaga sama2. Hehe.

Malam kedua, takkan nak sama dengan malam pertama kan.. Tapi still tidur lambat gak. Rumah mak ni stail kul 10-11 dah senyap sunyi, anak-anak plak jenis kalau tak jejak kul 12 tengah malam, kirim salam nak masuk tidur. Sadis! Dah dekat seminggu baru dapat fine tune. Taktiknye, si adik bawak masuk dulu, tidurkan dia, yang biasanya aku pun tertidur sekali, hehe, pastu baru angkat/ajak si abang pulak masuk bilik. Ada la sesapa yang akan teman si abang kat luar tu.

Dah masuk minggu ketiga ni, jadual tidur diorang makin cun. Kul 10-11 malam dah masuk bilik, before 9 pagi dah bangun, adik nap tengah hari, petang, abang pun tidur jap petang, main-main sampai kul 10, pastu sorang2 pengsan. Si abang pun dah buang satu habit dia, iaitu layan ipad sampai tertidur. Dia akan bagi ipad right before masuk bilik, golek golek terus lelap. Super easy!

Bila jadual tidur dah teratur, tade la mata macam panda kan.. Maknye pun super suka hati sebab dapat tidur awal. Or else boleh fokus main candu crush. Teruknye..

Nak tidurlah. Daaaaaa..

Friday, June 7, 2013

Makanan Bayi.

Salam Jumaat semua.. Kejap je dah hujung minggu lagi. Seronok kan!

Hari ni nak membebel pasal makanan bayi. Ye lah kan, anak dara ai pun dah masuk 7 bulan. Tapi dia tak kuat sangat makan, beza dengan abang dia yang boleh habiskan semangkuk bubur atau puri. Mula-mula tu rasa down kejap sebab dia makan ada la 2-3 suap je, kecewa tau. Tapi bila tanya pendapat mommies yang lain, normal bila baby makan sikit. Dia baru nak belajar adjust tekak gitu.. Hehe. Phewww! Lega!

Aku punye homemade bubur or puree memang simple dan senang, cuma kene rajinkan diri mengupas dan potong-potong bahan je. Apa yang ada dalam fridge semua boleh humban dalam blender ni. Hehe. Mudah kan..

Source: Google lagi.

Ini lah blender yang aku guna sejak zaman Akif dulu. Bila Akif dah tak pakai aku belasah pulak buat smoothies guna ni. Hehe. Sekarang ni guna buat puree utk Tihani plak. Masih elok dan utuh. Berbaloi la dengan harganya.

Nak guna Avent Steamer & Blender ni pun senang sangat. Memula potong siap2 semua bahan yang nak dimasak, isi air ikut penyukat yang ada sekali dengan blender tu, pastu boleh la mula steam then blend. Senang kan. Hehe.

Nanti bila rajin aku tepek plak resepi-resepi homemade baby foods, bukan apa, boleh gak kongsi dengan mommies yang lain..

Ok lah, nak gi mandikan Tihani, panas pulak arini, berlengas badan oii.. Lepas mak dia pulak take turn. Heh.

Saturday, May 25, 2013

My Breastfeeding Journey.

Assalamualaikum readers.

Aku bersiaran secara langsung dari kampung, hujung minggu ni cuti panjang sikit, sempena Hari Wesak. Punye lah ramai umat yang kat highway semalam, semua macam kami la kot.
Alhamdulillah selamat sampai tanah tercinta, Johor.

Pagi ni nak mencoret pasal my breastfeeding journey, sepanjang 7 bulan. Still long way to go, I guess.

My Akif cuma dapat susu ibu seminggu pertama lepas bersalin, tu pun aku pam bagi guna botol. Sedih memang sedih, sebab ilmu penyusuan masa tu sangat-sangat kurang ditambah dengan sakit c-section dan masalah inverted nipples. Dan akhirnya mengalah dengan keadaan.

So, bila 2nd prengnancy memang dah berazam kuat nak cuba sampai berjaya breastfeed baby kali ni. Banyakkan pembacaan, kumpul ilmu setinggi mungkin. Dah cakap berulang kali kt doktor dan nurses yang nak exclusively breastfeed baby, so that diorg tak baby susu formula.

Sekembalinya aku ke bilik hospital lepas bersalin Tihani, memang diorg terus pass Tihani kat aku, minta cuba susukan baby. Tapi masa tu memang struggle la untuk both of us, Tihani tengah belajar nak latching, aku pulak pening kepala dengan inverted nipples. Seksa!

Masuk hari kedua dah rasa the B's dah bengkak, susu dh start banyak la kot ni. Suka tapi still terkial-kial anak beranak. Nurse suruh pam, bila pam tak banyak mana pun. Huhu.

Lepas 3 hari dah boleh balik rumah, sampai rumah dapat call dari hospital Tihani pulak kene warded sebab jaundice, murung kejap. Usaha la pam susu dan hantar ke hospital. Sikit jek, tak sampai 3 auns. Nurse bagitau memang tak cukup, kene topup dengan formula, baby besar, selera pun besar. Ok je lah, nak buat cmne, tapi hati dah risau takut sejarah Akif berulang kembali. Mujur warded sehari lebih je. Lega.

Masa tu aku dah tau apa masalah terbesar untuk breastfeed baby, selain semangat yang jitu, iaitu inverted nipples. Dengan keadaan yang macam tu memang baby makin susah nak latch on. Entah macam mana suami dapat ilham nak belikan nipple former. Ada banyak kat pasaran, tapi aku pakai brand Medela. Rupa-rupanya nipple former ni dah boleh start pakai masa tengah pregnant, by the time baby dah lahir masalah inverted tu dah selesai. Tapi takpe, better late than never, kan.. Memang menjadi. Highly recommended.


Source: mr. Google

Cuba cuba cuba, keep on struggling, baby memang akan mengamuk sebab dah lapar tapi tak dapat-dapat susu, jangan mengalah. Masa ni sokongan moral dari orang terdekat, suami, mak bapak, terutamanya, memang sangatttttttt penting. Akhirnya setelah dua minggu berjaya brestfeed baby tanpa perlu bergusti gayanya. Betapa heaven dan nikmat, rasa berbaloi segala usaha.

Dan sehingga detik ini, Tihani masih lagi fully menyusu badan. Harapan aku, dapat terus breastfeed sampai dia 24 bulan, eh ke sampai 30 bulan, kena study lagi ni.

Alhamdulillah.

Thursday, May 23, 2013

Setahun.

Assalamualaikum.. Hello readers.. Lama sungguh Aku tak update blog. Kalau rumah lama dah roboh kot. Hehe.

Sekarang dah kembali jadi surirumah, setelah bekerja hampir 9 bulan. Macam biskut pulak rasanya. Cuma Akif still pergi nursery macam biasa, sebab maknye tengah nak adapt dengan anak baru. Dalam masa terdekat ni, harap-harap dapat bebetul jaga dua anak syurga ini.

Alhamdulillah aku dah selamat bersalin baby kedua, 20/10/2012, csect lagi uols. Hehe. Sebab gula dalam darah tinggi and baby pun besar. Memang besar, 4kg, kus semangat. Dan paling gembira sebab berjaya juga fully breastfeed my baby. Mmg terbukti cepat kurus. Yes!

Oh lupe, namanya Hannah Tihani, memang saja tanak letak siti ke nur ke sebab dua patah nama ni pun dah kira panjang. Ayahnye nak nama Hannah, maknye nak nama Tihani, tanpa proses gaduh-masam muka-merajuk-pujuk, kami gabungkan je dua nama ni. Haha.


Semoga menjadi anak yang solehah dan mendamaikan hati ibu ayah.

Love you, and love Abang Akif too..

Wednesday, May 9, 2012

Manusia Semakin Tak Waras

Rasa nak gugur jantung bila tengok video yang dishare dalam facebook hari ni.
aku nak tengok sampai habis pun sangat-sangat tak lalu, sedih sangat.

yang aku sempat tengok budak tu nangis kat hujung bilik, mak dia ke sapa ntah gi lepuk dia dengan bantal, ulang2 kali okay..(ni versi silent mode, aku tak on volume)..
aku speku budak tu mcm baya Akif jek.

aku pun ada masa hilang gak sabar bila Akif buat perangai, tapi masih tau batas amarah.

dah banyak sangat lately nih dengar kes baby kena dera sana sini, malaysia jugak, belum lagi kira kat luar nun.

tolong lah sapa2 yang berkenaan, ambil tindakan yang sewajarnya pada orang2 mcm nih. kesian baby tak faham apa2 dari kecil lagi dah mentally abused.

p/s: apa la cerita budak yang koma dek kena sepak ngan boyfriend mak dia tu.sadis la! huwaaaaaaaaa..

Sunday, November 6, 2011

Dari Dapur di AidilAdha.

Syukur. Kira lulus gak la lauk hari raya aku. First time ni masak rendang, biasanya jadi assistant chef je. Hehe. Lega bila tengok laki sendiri makan mengulang rendang ku itu.

Rendang versi kak Hanieliza (forum cari) & lodeh resepi dari mak.

Akhir kata..salam AidilAdha. Lepas ni pulun makan daging korban pulak. Heh.
Published with Blogger-droid v1.7.4
 
Free Blogger Templates Blogger Styles