Saturday, August 28, 2010

Mari Bersengkang Mata

fuh!

memang betul-betul bersengkang mata kami berdua sejak seminggu lebih balik dari hospital..malam pertama memang setiap jam Akif terbangun..tak tidur lah kami sampai sahur..huhu..
malam kedua dan seterusnya kami dah semakin lali dengan perubahan jadual tidur kami..heheh..
tapi sejak 2,3 malam nih aku pula yang selalu tak perasan bila Akif terbangun, tau2 jek muka Akif dah merah padam, tanda lama dah meragam..hehehe..
dan lebih malang lagi, kalau aku terbangun pun, automatik aku sangat senang tertidur balik, kesian abg melayan Akif sorang2..
malam nih aku berazam nak kawal mengantuk lah..esok nak gerak balik kluang, bagi abg rehat sikit..

p/s : sorry laling..tak sengaja tertidur masa layan Akif..heheh..pala ting tong gile..

Saturday, August 21, 2010

Lapan Belas Ogos

Aku melalui satu lagi pengalaman baru dalam hidup..mengira setiap detik menanti kelahiran orang baru dalam hidup kami berdua..

Aku dijadualkan bersalin pada 10/8/2010, namun aku langsung tidak mengalami sebarang tanda mahupun kontraksi..dalam hati memang la seram sejuk pikir macam mana rasa sakit-sakit tu, tapi bila sakit yang ditunggu tak kunjung tiba, aku risau la pulak..huhu.. memandangkan air ketuban dan degupan jantung baby ok, doktor bagi tempoh seminggu lagi.. seboleh-boleh dia mengharapkan aku melalui sakit semulajadi, bukan secara paksaan..

Tunggu..punya tunggu..tamat sudah tempoh seminggu..17/8/2010, aku masih seperti biasa, mampu berjalan dengan laju, tiada rasa sakit nak bersalin..tepat jam 11 malam, aku kena tahan wad, berkampung lah kami suami isteri di sini..nak tak nak kena juga guna cara induce..erk!org cakap sakit induce nih, bile kene terus rasa nak meneran..sebelum tu doktor periksa bukaan, baru 1.5cm..jauh lagi masa nak bersalin..

Jam 1 pagi, induce pertama diberikan..part seluk-seluk la yg paling ngeri..jam 3 pagi nurse kejut, nak periksa jantung baby, semua ok..jam 7 pagi, doktor datang masukkan induce kali kedua, bukaan masih sama lagi..jam 1 tgh hari, doktor cek bukaan baru buka 2cm..peh!brape hari mau tunggu daaaa..huhu..

Doktor bagi kami 2 options..sama ada nak mintak transfer ke hospital kerajaan untuk buat 2nd round induce atau bersalin secara pembedahan di pusrawi..aku memang dah tak sanggup nak kene induce lagi..denyutan jantung baby pun berisiko untuk jatuh jika aku diinduce lagi..bincang dgn abg dan family, aku setuju dibedah..

Jam 2.10 petang, aku diminta ke bilik bersalin untuk dipakaikan tiub kencing, ngilu okay!huhu..selesai pasang tiub, aku dibawa ke bilik pembedahan..pakar bius dah siap sedia tunggu aku..beliau teramatlah peramah, tapi tetap tak mengurangkan dup dap nak kene bedah..cucuk drip air di pergelangan tangan, tapi tak semena-mena bengkak pulak..kena lah cucuk tempat lain pulak, kat area atas sikit..mujur okay..cucuk bius kt tulang belakang..tak lama lepas kene cucuk, kaki trus rase kebas, lepas tu memang dah tak boleh nak angkat langsung dah..doktor Zul merangkap doktor bedah pun sampai, goyang2 badan aku sikit, mungkin nak periksa kesan bius tu kot..masa ni aku dh rase kebas dari paras dada ke bawah..

Jam 2.43 petang, baby telah selamat dilahirkan..doktor tunjuk baby kat aku, lepas tu terus bersihkan badan dia..selesai keluarkan baby, proses jahit-menjahit la pulak kan..yg tu pn aku tk rasa..tau-tau dah siap sume..heheh..aku sempat gak ternampak doktor zul tgh tarik benang jahit tinggi-tinggi, ape lagi..aku toleh pandang abg yang setia di sisi sepanjang proses pembedahan, seram aku nak membayangkan proses jahit-jahit nih..

Alhamdulillah..aku dan baby selamat..

Akhir kata, selamat berpantang untuk diriku..selamat bersengkang mata untuk aku dan abg..dan selamat datang ke dunia wahai anakku..Muhammad Akif..





Wednesday, April 21, 2010

Sesi Suntikan Lagi..uwaa!

Hari ni baby dah genap 24 minggu yakni 6 bulan..wahhhh..sekejapan masa berlalu..yang pasti apa pun aku tak shopping lagi untuk menyambut kehadiran orang baru ni..kene tunggu bapak baby pulang dari perantauan, baru boleh mula marathon..hehehe..

yang pastinya, episod suntikan-suntikan yang perlu diambil oleh ibu mengandung telah aku harungi dengan tabahnya..cewahhhh!

minggu ke-16 : suntikan utuk ambil sampel darah..byk gak darah doktor ambil..sempat lagi mulut aku mengomel tanya kenapa banyak kene sedut..hehehe..

minggu ke-20 : suntikan kancing gigi pertama..sakit yang amat suntikan nih..tak suka tapi nak tak nak kene jugak..huhu..seminggu jugak baru hilang sikit sakit ni..

minggu ke-24 : suntikan kancing gigi kedua..kurang sikit sakit dari yang pertama..tapi tetap sengal-lengal jugak tangan aku nih..huhu..berita gembiranya, tiada lagi suntikan-suntikan lepas ni sampai la waktu nak bersalin nanti..

err bersalin..dup dap plak..tak lama je lagi nih..apa la gaya dan aksi bersalin aku nanti..harap dipermudahkan segala-galanya..

Thursday, February 11, 2010

Hari Ini, Semalam & Hari Itu (versi laporan tertunda)

Hari Ini (090210)

Aku dah berjaya dapat lesen penuh, selepas 2 tahun menjadi pemegang lesen P..
1 lagi pencapaian di awal tahun..heheheh..
gambar pasport punye la debab, penuh pipi aku je di sudut kiri lesen baru ku ini..
nanti bila dah kurus boleh ke aku nak tukar gambar tu eh?hehehehe..
tapi buat sementara ini, aku biarkan je dulu pelekat P itu menempel lagi di cermin kereta..
"belum bersedia nak menggelar pemandu berkaliber.."bisik hati kecilku..

Semalam (080210)

Aku berjaya muntah dengan banyaknya..sepanjang 14minggu aku mengandung ini, biasanya muntah-muntah manja je, sendawa & kentut yang paling berduyun-duyun keluar..
kali nih habis bihun goreng sepinggan yang baru aku jamah sempena sarapan pagi,tak sempat lagi perutku nak menghadam..
mungkin sebab biasanya aku makan pagi jam 9 lebih, tapi arini terawal pula makan..
lepas makan, baru mandi..tu la puncanya kot..
yang seronoknya, lepas muntah rasa lega je, angin semacam kurang la sikit..
sekian perihal muntahku..hehe..

Hari Itu (240110)

Check up lg..macam biasa,timbang berat & tekanan darah..naik 1/2kg lg..menjadikan jumlah berat terkini..57kg..
bulan lepas check up dah ada denyutan jantung, bulan ni plak dah ade kaki, tangan,kepala semua..sangat mengagumkan!
memandangkan kali ni abg tak ikut skali aku buat check up, doktor bagi cd masa scan tadi supaya senang nak tengok nanti..
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..

Tuesday, January 19, 2010

Dah Nak Tambah Status Ke?

Assalamualaikum kepada para pembaca blogku yang tak seberapa ini..heheheh..

lama bebenor aku mengumpul material yang nak ditulis..tapi hampeh, satu pun aku tak tulis..kemalasan melanda diri..huhu..
lepas setengah bulan kita semua menyambut tahun baru 2010, baru datang angin nak menulis balik..

sempena entry tahun baru nih, eloklah kiranya aku khabarkan berita yang aku kira gembira untuk aku, suami, seluruh ahli keluarga dan kawan-kawan sekalian...

jeng jeng jeng!!!

aku sekarang sedang mengandung bayi pertama kami..
nih dah nak masuk 11 minggu..
perasaan?gembira+debar-debar+semua bercampur aduk..

tanda pertama bila aku tau aku mengandung ialah bila aku tak datang period seperti biasa..
period aku memang jenis ikut jadual, jadi bila tak datang tu, aku dah fikir pasal kemungkinan mengandung jek..hehehe..
tanda-tanda lain, perut aku rasa tak selesa, keras semacam jek..
asyik nak terkucil pun ada gak..
yang lain-lain tu aku tak berapa nak perasan sangat..heheheh..

hari kedua tak period juga, aku terus beli upt..
menurut kata kawan-kawanku, utk buat upt nih, buat masa pagi lepas bangun tidur, kencing pertama utk hari tu..
insyaAllah betul test tu..sebabnya masa tu, hormon kita berada pada tahap yang paling stabil..

keputusannya, 1 line tu naik dengan cemerlangnya, 1 line lg masih malu2 nak naik, tapi slowly jd clear..
lepas telefon anis, dayah..mereka nih merangkap doktor tak betauliah aku la kirenye..hehehe..aku ambil keputusan pergi je buat pemeriksaan kat klinik..
pagi tu aku dan suami pergi klinik yang aku dh biase pergi..muka kami penuh bersemangat la nak jumpa doktor..
doktor buat scan, tak nampak apa-apa..dia cuma nampak ketulan yang dia pun tak pasti sama ada janin atau apa..
mungkin mengandung, mungkin perubahan hormon saja..
kami berdua muka memang dah frust gila, nurse kt situ bisik kat aku, tggu seminggu lagi..
seolah-olah dapat membaca kekecewaan kami..

tunggu punya tunggu..
period tak datang juga..aku beli upt lg..kali nih memang dedua line tu dengan jayanya naik ceria..heheheh..
kali nih aku tak pergi klinik tu..aku terus terjah pusrawi..
mase nih kandungan dan masuk 4 minggu..doktor scan tapi masih tak nampak apa-apa, cuma rahim nampak mengembang (tu kata doktor tu..heheh)..
buat upt kt situ lagi skali..line kedua tu blur cket..tp still consider pregnant..
syukur sgt masa tu..
tapi memang tak nak mengharap sgt, sbb aku masih tak nampak apa yang dalam rahim aku..
doktor suruh datang lagi 4 minggu..untuk scan denyutan jantung janin..
doktor bagi asid folik suruh makan setiap hari..seingat aku ada la sekali aku terlupa makan...huhu..

aku datang check-up utk kali kedua, sehari awal dari tarikh yang dah ditetapkan..
sebab esoknya dah nak kena ada kat johor, nak ambil mak dan abah yang baru pulang dari menunaikan haji..
doktor scan macam kali pertama aku scan aritu, kali nih nampak ada benda berdegup dalam rahim aku..
rasa mcm tak percaya ada benda bernyawa dalam badan aku..
tak berkelip mata kami laki bini (aku rasa la...heheh) khusyuk melihat keajaiban ciptaan Tuhan..
ye la..selama ni, asyik dengan cerita kawan-kawan, tengok dalam drama, iklan..
kali nih betul-betul depan mata sendiri..oh..
aku dengan tanpa segan silu, minta doktor printkan gambar scan tu..heheheh..
lepas tu, doktor tanya la ada alah ap-apa ke, muntah ke..
sebelum balik, doktor bagi obimin plak..besar sikit dari pil asid folik tu..

Alhamdulillah, setakat nih, baru 2 kali aku muntah, tu pun masa dok gosok gigi..
rasa puas gak dapat muntah, sebab aku selalu rasa mual jek, muntah taknak keluar gak..

minggu depan aku ada appointment check-up lagi..harap-harap semuanya ok..






 
Free Blogger Templates Blogger Styles