Salam Jumaat semua.. Kejap je dah hujung minggu lagi. Seronok kan!
Hari ni nak membebel pasal makanan bayi. Ye lah kan, anak dara ai pun dah masuk 7 bulan. Tapi dia tak kuat sangat makan, beza dengan abang dia yang boleh habiskan semangkuk bubur atau puri. Mula-mula tu rasa down kejap sebab dia makan ada la 2-3 suap je, kecewa tau. Tapi bila tanya pendapat mommies yang lain, normal bila baby makan sikit. Dia baru nak belajar adjust tekak gitu.. Hehe. Phewww! Lega!
Aku punye homemade bubur or puree memang simple dan senang, cuma kene rajinkan diri mengupas dan potong-potong bahan je. Apa yang ada dalam fridge semua boleh humban dalam blender ni. Hehe. Mudah kan..
Source: Google lagi.
Ini lah blender yang aku guna sejak zaman Akif dulu. Bila Akif dah tak pakai aku belasah pulak buat smoothies guna ni. Hehe. Sekarang ni guna buat puree utk Tihani plak. Masih elok dan utuh. Berbaloi la dengan harganya.
Nak guna Avent Steamer & Blender ni pun senang sangat. Memula potong siap2 semua bahan yang nak dimasak, isi air ikut penyukat yang ada sekali dengan blender tu, pastu boleh la mula steam then blend. Senang kan. Hehe.
Nanti bila rajin aku tepek plak resepi-resepi homemade baby foods, bukan apa, boleh gak kongsi dengan mommies yang lain..
Ok lah, nak gi mandikan Tihani, panas pulak arini, berlengas badan oii.. Lepas mak dia pulak take turn. Heh.
Projek Replika Merdeka Ammar Rifqi
5 years ago