Sunday, November 6, 2011

Dari Dapur di AidilAdha.

Syukur. Kira lulus gak la lauk hari raya aku. First time ni masak rendang, biasanya jadi assistant chef je. Hehe. Lega bila tengok laki sendiri makan mengulang rendang ku itu.

Rendang versi kak Hanieliza (forum cari) & lodeh resepi dari mak.

Akhir kata..salam AidilAdha. Lepas ni pulun makan daging korban pulak. Heh.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 18, 2011

Satu Tahun

Hari ni Akif genap setahun.oh besar dah anak ibu.hik. Alhamdulillah Akif dah pandai jalan. Ingat lagi masa umur 5 bulan baru nak belajar meniarap. Mula-mula bergerak secara gostan, 6 bulan baru betul merangkak ke depan. Tak cukup dengan tu terus pandai duduk gak. Suka la kami semua yang dok tertunggu-tunggu perkembangan Akif. Sambil tu gigih pulak belajar berpaut, berdiri..masih belum pro. Cukup umur 10 bulan dah pandai jalan. Gembira bukan kepalang mak bapak Akif. Heh. Dah membayangkan tak payah nak berdukung jek, tapi takde maknanya..ada gak datang mood dia nak mintak dukung. Ish. Gigi pulak tumbuh masa umur 9 bulan. Tumbuh sebatang je, belah bwh dulu. Lepas tu sakan tumbuh atas bwh kiri kanan. Sekarang ni dah ada 7 batang + 1 batang baru nampak ciput jek. Hehe. Akan tetapi Akif still tak reti nak pegang makanan sendiri. Benda selain makanan memang laju je dia nak pegang dan masuk mulut. Tapi kalau makanan kirim salam nak buat macam tu. Alahai anak omak nih. Macam-macam pengalaman pahit manis aku dan suami dah harung sepanjang kehadiran Akif dalam hidup kami. Semoga bahagia sentiasa mewarnai hidup kami sekeluarga. Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Menu Steak & Gang.

Terkabul jugak hajat aku semalam nak cuba buat mashed potato sendiri.MasyaAllah tak susah sangat rupanya. Kira lulus la.hehe.

Singgah Giant dulu beli barang jap.yang penting steak made in Giant kena rembat gak.haha.jam 6 sampai rumah, bersilat kat dapur buat mashed potato, buttered rice, coleslow dan akhir sekali baru masak steak. Sempat la siap beberapa minit sebelum buka.fuh!

Inilah hasil air tangan aku+giant..



Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, July 2, 2011

Buai & Walker

Aku memang sedikit skeptikal bila ditanya tentang dua alat bantu ini.awal-awal lagi aku dah bisik kat suami aku tak nak.ngee.

Kenapa?

Sebab aku nak anak kami explore everything around him naturally,by himself, of course under our supervision.

1. Buai
Yup! Akif merasa jugak lah naik buai sebab atok dan nenek yang sponsored.hehe.tapi slowly aku cuba kurangkan penggunaan buai. Memang tak lama pun guna buai tu..dalam 2,3 bulan mcm tu.the best part is he himself tak nak tidur dalam buai..rasa sempit kot..

Mujur gak tak berbuai..kalau tak nak angkut buai ke sana ke mari..aduh! menangis aku.

Selesai satu benda.

2. Walker
Pun memang takde dalam senarai keperluan untuk Akif.Orang tua memang bising la kan..benda tu dah jadi macam benda wajib ada.cuma pekakkan telinga tulikan mata je lah.
Aku kesian bila tengok baby duduk dalam walker dan siap ada tali buat tambat walker so that baby tak dapat gerak jauh-jauh.bagi aku biar lah baby merayap merata, cuma kita memang nak tak nak kena awasi diorang. Tersadung, benjol sana sini adat lah kan.hehe.lama-lama nanti pandai baby tu handle diri dia.

Tapi terpulang la pada setiap ibu bapa nak guna tools apa pun..as long as our baby enjoy it, kita pun enjoy nak menjaga baby.



Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, May 6, 2011

Konflik Diri.

Memori tiba-tiba berputar ke masa silam.
pandang kiri kanan depan belakang, tetap fokus pada masa itu.

berdendamkah aku?paranoidkah aku?

aku masih ingat butir-butir ayat yang dilemparkan pada aku..oh menangis je la yang aku mampu..
aku memang ada silap..di pihak yang satu lagi biarlah mereka yang muhasabah diri sendiri.
bukan enggan mengenang budi, tapi hati kecilku masih lagi berdarah, dek kecewa dengan sikap itu.


Wednesday, January 26, 2011

Mahu Meniarap.

Yabedabeduuuuuuuu!!

saat yang dinanti sudah tiba..Akif mula melangkah ke fasa meniarap..hehehehe..

sebelum ni, sakan la orang dok tanya, "dah pandai apa?", "dah meniarap?", bla bla bla..aku ckp je la, "belum lagi.heheh.."
sekarang tidak lagi..dengan penuh yakin.."ya, akif dah meniarap".

alkisahnya, Akif dah mula cuba-cuba meniarap masa dah nak dekat 5 bulan jugak..tiarap tapi tangan kanan tersepit bawah dada, pastu meraung la kan..hahah..
tengah syok mencuba, demam la pulak..terus berhenti aktiviti percubaan..kumpul tenaga balik..
malam tadi dia cuba lagi...dan BERJAYA!
cuma tak pro lagi..kejap je dah meraung mintak angkat..heehehe..

dan disebabkan akif dah makin rajin nak meniarap, terpaksalah hamparkan toto je depan tv nih..tilam sejemput tu dah tak mampu nak menampung cubaan meniarap Akif..kejap-kejap Akif terbabas keluar tilam..heheheh..

nak mula dah nih.

sepenuh tenaga.

tegak kepala sekejap.

sempat lagi sambar tangan..heheh

erk!tak larat dah.

sila rajin mencuba ye, Mr.Akif..
 
Free Blogger Templates Blogger Styles