Tuesday, January 19, 2010

Dah Nak Tambah Status Ke?

Assalamualaikum kepada para pembaca blogku yang tak seberapa ini..heheheh..

lama bebenor aku mengumpul material yang nak ditulis..tapi hampeh, satu pun aku tak tulis..kemalasan melanda diri..huhu..
lepas setengah bulan kita semua menyambut tahun baru 2010, baru datang angin nak menulis balik..

sempena entry tahun baru nih, eloklah kiranya aku khabarkan berita yang aku kira gembira untuk aku, suami, seluruh ahli keluarga dan kawan-kawan sekalian...

jeng jeng jeng!!!

aku sekarang sedang mengandung bayi pertama kami..
nih dah nak masuk 11 minggu..
perasaan?gembira+debar-debar+semua bercampur aduk..

tanda pertama bila aku tau aku mengandung ialah bila aku tak datang period seperti biasa..
period aku memang jenis ikut jadual, jadi bila tak datang tu, aku dah fikir pasal kemungkinan mengandung jek..hehehe..
tanda-tanda lain, perut aku rasa tak selesa, keras semacam jek..
asyik nak terkucil pun ada gak..
yang lain-lain tu aku tak berapa nak perasan sangat..heheheh..

hari kedua tak period juga, aku terus beli upt..
menurut kata kawan-kawanku, utk buat upt nih, buat masa pagi lepas bangun tidur, kencing pertama utk hari tu..
insyaAllah betul test tu..sebabnya masa tu, hormon kita berada pada tahap yang paling stabil..

keputusannya, 1 line tu naik dengan cemerlangnya, 1 line lg masih malu2 nak naik, tapi slowly jd clear..
lepas telefon anis, dayah..mereka nih merangkap doktor tak betauliah aku la kirenye..hehehe..aku ambil keputusan pergi je buat pemeriksaan kat klinik..
pagi tu aku dan suami pergi klinik yang aku dh biase pergi..muka kami penuh bersemangat la nak jumpa doktor..
doktor buat scan, tak nampak apa-apa..dia cuma nampak ketulan yang dia pun tak pasti sama ada janin atau apa..
mungkin mengandung, mungkin perubahan hormon saja..
kami berdua muka memang dah frust gila, nurse kt situ bisik kat aku, tggu seminggu lagi..
seolah-olah dapat membaca kekecewaan kami..

tunggu punya tunggu..
period tak datang juga..aku beli upt lg..kali nih memang dedua line tu dengan jayanya naik ceria..heheheh..
kali nih aku tak pergi klinik tu..aku terus terjah pusrawi..
mase nih kandungan dan masuk 4 minggu..doktor scan tapi masih tak nampak apa-apa, cuma rahim nampak mengembang (tu kata doktor tu..heheh)..
buat upt kt situ lagi skali..line kedua tu blur cket..tp still consider pregnant..
syukur sgt masa tu..
tapi memang tak nak mengharap sgt, sbb aku masih tak nampak apa yang dalam rahim aku..
doktor suruh datang lagi 4 minggu..untuk scan denyutan jantung janin..
doktor bagi asid folik suruh makan setiap hari..seingat aku ada la sekali aku terlupa makan...huhu..

aku datang check-up utk kali kedua, sehari awal dari tarikh yang dah ditetapkan..
sebab esoknya dah nak kena ada kat johor, nak ambil mak dan abah yang baru pulang dari menunaikan haji..
doktor scan macam kali pertama aku scan aritu, kali nih nampak ada benda berdegup dalam rahim aku..
rasa mcm tak percaya ada benda bernyawa dalam badan aku..
tak berkelip mata kami laki bini (aku rasa la...heheh) khusyuk melihat keajaiban ciptaan Tuhan..
ye la..selama ni, asyik dengan cerita kawan-kawan, tengok dalam drama, iklan..
kali nih betul-betul depan mata sendiri..oh..
aku dengan tanpa segan silu, minta doktor printkan gambar scan tu..heheheh..
lepas tu, doktor tanya la ada alah ap-apa ke, muntah ke..
sebelum balik, doktor bagi obimin plak..besar sikit dari pil asid folik tu..

Alhamdulillah, setakat nih, baru 2 kali aku muntah, tu pun masa dok gosok gigi..
rasa puas gak dapat muntah, sebab aku selalu rasa mual jek, muntah taknak keluar gak..

minggu depan aku ada appointment check-up lagi..harap-harap semuanya ok..






1 comment:

  1. hoho, syahdu lah baca entri ko. Tahniah. Bangga mak dengan abah.

    ReplyDelete

 
Free Blogger Templates Blogger Styles