Saturday, May 25, 2013

My Breastfeeding Journey.

Assalamualaikum readers.

Aku bersiaran secara langsung dari kampung, hujung minggu ni cuti panjang sikit, sempena Hari Wesak. Punye lah ramai umat yang kat highway semalam, semua macam kami la kot.
Alhamdulillah selamat sampai tanah tercinta, Johor.

Pagi ni nak mencoret pasal my breastfeeding journey, sepanjang 7 bulan. Still long way to go, I guess.

My Akif cuma dapat susu ibu seminggu pertama lepas bersalin, tu pun aku pam bagi guna botol. Sedih memang sedih, sebab ilmu penyusuan masa tu sangat-sangat kurang ditambah dengan sakit c-section dan masalah inverted nipples. Dan akhirnya mengalah dengan keadaan.

So, bila 2nd prengnancy memang dah berazam kuat nak cuba sampai berjaya breastfeed baby kali ni. Banyakkan pembacaan, kumpul ilmu setinggi mungkin. Dah cakap berulang kali kt doktor dan nurses yang nak exclusively breastfeed baby, so that diorg tak baby susu formula.

Sekembalinya aku ke bilik hospital lepas bersalin Tihani, memang diorg terus pass Tihani kat aku, minta cuba susukan baby. Tapi masa tu memang struggle la untuk both of us, Tihani tengah belajar nak latching, aku pulak pening kepala dengan inverted nipples. Seksa!

Masuk hari kedua dah rasa the B's dah bengkak, susu dh start banyak la kot ni. Suka tapi still terkial-kial anak beranak. Nurse suruh pam, bila pam tak banyak mana pun. Huhu.

Lepas 3 hari dah boleh balik rumah, sampai rumah dapat call dari hospital Tihani pulak kene warded sebab jaundice, murung kejap. Usaha la pam susu dan hantar ke hospital. Sikit jek, tak sampai 3 auns. Nurse bagitau memang tak cukup, kene topup dengan formula, baby besar, selera pun besar. Ok je lah, nak buat cmne, tapi hati dah risau takut sejarah Akif berulang kembali. Mujur warded sehari lebih je. Lega.

Masa tu aku dah tau apa masalah terbesar untuk breastfeed baby, selain semangat yang jitu, iaitu inverted nipples. Dengan keadaan yang macam tu memang baby makin susah nak latch on. Entah macam mana suami dapat ilham nak belikan nipple former. Ada banyak kat pasaran, tapi aku pakai brand Medela. Rupa-rupanya nipple former ni dah boleh start pakai masa tengah pregnant, by the time baby dah lahir masalah inverted tu dah selesai. Tapi takpe, better late than never, kan.. Memang menjadi. Highly recommended.


Source: mr. Google

Cuba cuba cuba, keep on struggling, baby memang akan mengamuk sebab dah lapar tapi tak dapat-dapat susu, jangan mengalah. Masa ni sokongan moral dari orang terdekat, suami, mak bapak, terutamanya, memang sangatttttttt penting. Akhirnya setelah dua minggu berjaya brestfeed baby tanpa perlu bergusti gayanya. Betapa heaven dan nikmat, rasa berbaloi segala usaha.

Dan sehingga detik ini, Tihani masih lagi fully menyusu badan. Harapan aku, dapat terus breastfeed sampai dia 24 bulan, eh ke sampai 30 bulan, kena study lagi ni.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

 
Free Blogger Templates Blogger Styles