Thursday, July 4, 2013

Tidur.

Yay!

Kami anak beranak dah dekat 3 minggu lepak Johor, yakni kampung den. Asalnya sang suami outstation dan lama pulak tu, padahal seminggu je pun, tapi bini dia ambik kesempatan gak nak berkepit celah ketiak mak. Hahahahaha. La ni suami dah kat KL, kitorang masih di Johor.

Malam pertama tidur rumah mak, anak-anakku boleh pulak tak ngantuk. Kita gelapkan ruang tamu, diorang lari gi dapur sebab sana terang benderang. Ces! Nasib baik masa tu ada tayangan movie Titanic, tak kisah sangat la berjaga sama2. Hehe.

Malam kedua, takkan nak sama dengan malam pertama kan.. Tapi still tidur lambat gak. Rumah mak ni stail kul 10-11 dah senyap sunyi, anak-anak plak jenis kalau tak jejak kul 12 tengah malam, kirim salam nak masuk tidur. Sadis! Dah dekat seminggu baru dapat fine tune. Taktiknye, si adik bawak masuk dulu, tidurkan dia, yang biasanya aku pun tertidur sekali, hehe, pastu baru angkat/ajak si abang pulak masuk bilik. Ada la sesapa yang akan teman si abang kat luar tu.

Dah masuk minggu ketiga ni, jadual tidur diorang makin cun. Kul 10-11 malam dah masuk bilik, before 9 pagi dah bangun, adik nap tengah hari, petang, abang pun tidur jap petang, main-main sampai kul 10, pastu sorang2 pengsan. Si abang pun dah buang satu habit dia, iaitu layan ipad sampai tertidur. Dia akan bagi ipad right before masuk bilik, golek golek terus lelap. Super easy!

Bila jadual tidur dah teratur, tade la mata macam panda kan.. Maknye pun super suka hati sebab dapat tidur awal. Or else boleh fokus main candu crush. Teruknye..

Nak tidurlah. Daaaaaa..

No comments:

Post a Comment

 
Free Blogger Templates Blogger Styles