Wednesday, September 30, 2009

Pertemuan Pertama

Rasa macam tak percaya je smalam aku dah menyeberang laut china selatan menuju ke bintulu dan sekarang nih aku di dalam kapal tempat di mana suamiku bekerja..

GEMBIRA..sebab dapat jumpa abg..
SEDIH, SAYU..sebab kena tinggalkan sekejap kehidupan normalku..
TAK SABAR..nak jalan-jalan ke negeri orang..

ya..
aku ambil cuti tanpa gaji selama sebulan lebih semata-mata mahu merasai sendiri pengalaman ini, dan yang lebih penting aku dapat jumpa suami tercinta..
terima kasih en khalid & hayden sebab meluluskan permohonan cuti ku..

smalam sampai saja di lapangan terbang bintulu, ada van yg dah siap sedia menunggu kami..
lebih kurang 1/2 jam kami selamat sampai di pelabuhan..
nampak sunyi je seluruh kawasan ni, dan nun jauh di sana tersergam megah kapal yg bakal ku naiki..(maaf takde gambar kapal, masa nih handphone kene off)

jauh jugaklah nak menapak sampai ke kapal, dengan mengangkut beg baju lagi, berpeluh-peluh la jugak..

sampai kat kapal, abg dah terpacul depan pintu, hati dah berbunga-bunga sebab lama sangat tak jumpa abg, ada la dalam 4 bulan..malu-malu ok..hehehehe..

nih beg baju baju pun tak kemas lagi, arini kapal dah nak gerak ke taiwan..
teruja sangat-sangat nih..harap-harap aku tak lah sampai muntah teruk..huhu..

Nota Kaki : Hari ini dalam sejarah aku tgk abg bersiap nak pergi kerja & aku salam dia..kalau kat darat, aku pergi kerja, dia dok sesaje jek kt rumah..heheheh..

5 comments:

  1. heehehhe aku jd jakun arini weh..
    dok jengah2 tingkap jek, ngadap air laut..

    ReplyDelete
  2. kakak.. haritu aku try nak call ko, bila aku 'medapati' yang handphone ko unreachable, baru aku sedar yg ko da jauh di tengah laut.. tiba2 rasa sayu gile...(aku adik yg teruk gile kan, da lame bru nak prasan ko da takde)

    anyway, aku call ko aritu nak tanya alamat rumah, mana tahu pakcik guard tu tanya apa alamat umah kamu..

    tapi, sebab aku nek moto, langsung dia tak tahan aku..

    aku datang umah ko nak amek buku n baju aku sikit, barang aku kan bersepah2 kat sana sini..

    tapi, aku dah terabiskan sotong ball ko.. hahahha

    ReplyDelete
  3. haa.. ni aku nak bagitahu, hari ni birthday mak..

    sila wish.

    last friday, last day dia keja.

    abah eksaited cakap mak dapat 70 adiah..

    banyakkan?

    sila jeles.

    anyway, i miss u.

    ReplyDelete
  4. adik,

    kakak sangat jeles ok..70 hadiah?hadiah hari jadi aku pun tak pernah cecah dua angka..hahahaha..

    aku tak sempat nak wish on time..aku br wish td..
    mak ckp, semua hadiah tu dia letak dalam bilik kite..
    adakah dia berniat nak bagi hadiah2 tu kt aku plak..hahahaha..

    nota kaki: miss you too!!
    aku halalkan ko rembat apa saja dalam umah aku tu..dr berkulat tak tentu hala, baik ko mkn jek..

    ReplyDelete

 
Free Blogger Templates Blogger Styles