Wednesday, September 30, 2009

Pertemuan Pertama

Rasa macam tak percaya je smalam aku dah menyeberang laut china selatan menuju ke bintulu dan sekarang nih aku di dalam kapal tempat di mana suamiku bekerja..

GEMBIRA..sebab dapat jumpa abg..
SEDIH, SAYU..sebab kena tinggalkan sekejap kehidupan normalku..
TAK SABAR..nak jalan-jalan ke negeri orang..

ya..
aku ambil cuti tanpa gaji selama sebulan lebih semata-mata mahu merasai sendiri pengalaman ini, dan yang lebih penting aku dapat jumpa suami tercinta..
terima kasih en khalid & hayden sebab meluluskan permohonan cuti ku..

smalam sampai saja di lapangan terbang bintulu, ada van yg dah siap sedia menunggu kami..
lebih kurang 1/2 jam kami selamat sampai di pelabuhan..
nampak sunyi je seluruh kawasan ni, dan nun jauh di sana tersergam megah kapal yg bakal ku naiki..(maaf takde gambar kapal, masa nih handphone kene off)

jauh jugaklah nak menapak sampai ke kapal, dengan mengangkut beg baju lagi, berpeluh-peluh la jugak..

sampai kat kapal, abg dah terpacul depan pintu, hati dah berbunga-bunga sebab lama sangat tak jumpa abg, ada la dalam 4 bulan..malu-malu ok..hehehehe..

nih beg baju baju pun tak kemas lagi, arini kapal dah nak gerak ke taiwan..
teruja sangat-sangat nih..harap-harap aku tak lah sampai muntah teruk..huhu..

Nota Kaki : Hari ini dalam sejarah aku tgk abg bersiap nak pergi kerja & aku salam dia..kalau kat darat, aku pergi kerja, dia dok sesaje jek kt rumah..heheheh..

Tuesday, September 29, 2009

Nota 29 September

Mata dah rasa mengantuk, kesan dari mkn ubat demam + hari pun dh sangat lewat mlm..

pagi nanti seawal lepas Subuh aku dah nak kena gerak ke KLIA..
penerbangan ke Kuching jam 815 pagi..dijangka tiba jam 1005 pagi..
transit pula ke bintulu jam 1135 pagi..dijangka tiba jam 1235 tgh hari..

semoga selamat semuanya..

seboleh mungkin aku mampatkan saja semua barang dalam 1 beg..hehehehe..
dengan harapan cukuplah bekalan sebulan lebih di perantauan..cewahhhhhhhh!!

sekali lagi, doakan semuanya berjalan lancar ye..

selamat malam!


Monday, September 14, 2009

Patin Masak Lemak Cili Api

Bahan :

1 ekor ikan patin
segenggam cili api
kunyit hidup
santan

daun kunyit
asam keping
serai <------------takde stok..kire halal je la tak letak..janji ade rase cili api..hehehe..
garam dan gula secukup rasa
sedikit air

Cara :

1. Bersihkan ikan patin.Ketepikan.
2. Tumbuk lumat cili api dan kunyit hidup.
3. Masukkan bahan tumbuk ke dalam peri
uk.
4. Masukkan santan.Nyalakan api perlahan.
5. Masukkan asam keping, daun kunyit, ikan patin. masukkan sedikit air.
6. Perasakan dengan garam dan gula.



Tuesday, September 8, 2009

Ramadan & Hujung Minggu : Bahagian 4

Masih lagi berkisar kisah di Pahang..
entry nih khusus utk hasil pemerhatian aku di Pekan Sehari..heheheh..

Pekan Sehari nih stail pasar malam, dari daging sampai ke baju s
emua ada kat sini..
dan harga barang-barang mentah sangatttttttttttt murah..
nih pekan sehari yg aku pergi kat kawasan Maran, Pahang..


ikan patin gergasi..sepotong tu je dah dekat 2kg..


tgh tunggu giliran nak borong ikan patin..


sayur-sayuran


mak borong limau kapas kt sini..3 mangkuk tu RM2.50


kat sini la beli tulang dan daging kerbau untuk buat serunding raya..


kelapa parut


sangat berkesan ubat nih..hehehehe..

Sekian, laporan dari Pekan Sehari..hehehe..

Ramadan & Hujung Minggu : Bahagian 3

Mak dan ayah ajak balik kampung kat pahang..
aku suka, tapi terfikir pula, tak mati kutu ke aku nanti nak lepak kat sana..
dah la abg takde skali nih..
tp takpe lah, blk je la kan..

pagi sabtu dah gerak blk Sg. Buloh..dalam pukul 9 pagi dh gerak, smpi rumah wek (panggilan untuk nenek suamiku)
kira-kira pukul 12 tengah hari..
ayah ajak jalan-jalan kat kuantan..
merasa la aku nak jejak daerah kuantan..heheheh..
teluk cempedak cuma tengok dari dalam kereta je, panas sgt sbb dh petang, lagipun nak buat apa pulak tgh2 puasa ni..
takpe lah, bila-bila nanti boleh datang lagi kat sini..
borong kat bazar ramadan kuantan, kat kawasan masjid tu..org kuantan tau la kot..heheh..
beli gulai kambing, gulai daging, air tembikai susu (sangat marveles), ikan bakar..

untuk buka hari ahad baru masak macam-macam jenis, sebab ajak ramai datang buka kat rumah wek..

antara juadah berbuka petang tu adalah sup tulang, ikan patin masak sambal, sayur campur, ayam percik..
ada gak yang diorg beli kat bazar seperti bermacam jenis air sejuk, murtabak, popia, apa lagi ntah tak ingat dah..heheheheh..


ayam percik
(ayam kampung nih..wek sembelih 3 ekor ayam..
almaklumlah, ramai pembaham yg nak dtg buka ptg tu..hehehe)



ikan patin masak sambal


sup tulang (request by ayah)

Isnin gerak blk pukul 9 pagi, sampai awl juga, dlm pukul 11 pagi..
pergi poslaju brickfields sebab nak pos popia dan serunding kat abg..
selesai proses mengepos, singgah kg baru, beli bubur lambuk..heheheh..

smpi sg buloh, kemas barang-barang yang sangat banyak dibawa dari kampung..
termasuklah kain baju kotor..huhu..

buka petang tu makan ikan patin masak cili api, ikan patin masak sambal (patin saje la kami..heheheh..), sayur goreng, telur masin, sambal kentang+kacang goreng+ikan bilis, air sirap bandung (ayah buat), air kopi pekat (angah nak tunjuk skill baru..heheh..), ape lagi eh, rasanye tu je kot..

Ramadan & Hujung Minggu : Bahagian 2

Hujung minggu kedua dalam bulan puasa..
blk jhr dgn jia..gerak pagi sabtu..tak larat nak blk jumaat malam..huhuhu..
sebelum blk sempat lg bagitau kat mak, mengidam nak makan sup tulang..
kt sini tak tau kat mane nak beli tulang..
sgt jahiliyah bab2 beli benda selain dari ayam..hahahahah..


buka puasa petang tu, mak buat sup tulang..sedapppppppppppppppppppp!!!!
sahur pagi esoknya pula, mak masak asam pedas ikan patin..
sekali lagi sangat sedapppppppppppppppppppppppppp!!!

buka hari ahad mak buat ikan patin masak lemak cili api..
aduh berganda-ganda sedapnya!!

isnin gerak blk kl, tapi singgah serting dulu hantar adik..
sangat penat..mujur najib drive smpi serting, pastu baru aku sambung sampai kl..
sampai kl kena pergi pudu pula, najib nak beli tiket blk penang..
gedik tau!

mlm tu, buka kt rumah ngan najib dan jia..
beli je semua, dari makanan sampai lah ke air minuman..
tak larat nk pegang sudip, nak main masak-masak..hehehehe..

borong kat vichudaa tomyam seafood dan kerabu mangga..
beli nasi goreng kampung kat mamak bawah rumah, tambah lagi lauk telur bistik..
order milo ais..cukup untuk kami bertiga..
rase mcm meriah juga buka puasa ngan adik beradik..

sgt seronok minggu ni, sebab dapat mkn apa yg aku dok mengidam nak mkn..
(dah mcm org mengandung la pulak)
heheheh..

dan dapat berkumpul satu keluarga, makan ramai-ramai..

Nota Kaki : looking forward for next gathering..

Ramadan & Hujung Minggu : Bahagian 1

Puasa mula hari Sabtu.

Sangat bosan sebab tak boleh nak mengunyah.heheheh..
tapi senang je nak hilangkan bosan..tontonlah rancangan masak-masak..
dijamin kenyang setengah hari..

Asalnya rancang nak puasa kat sg. buloh minggu pertama ni..
tp memandangkan demam yg agak panas awl minggu aritu, kuarantin diri sendiri je lah..
nasib baik jia ada teman..terima kasih adik manisku!

Mak, angah & nakiah datang lawat kt rumah, siap bawa lauk bu
ka puasa lg..
lupa pulak nak ambil gambar..
terima kasib buat kalian juga..

ahad pula, jia pergi shah alam..
arini hari pertama buka seorang dlm bulan puasa nih..
sempat masak bihun goreng je..


ni je lah yg aku sempat posingkan..hehehe..
telur dadar yg tebal, takde seni langsung dh nih..

Friday, September 4, 2009

Pindang Ikan

Aduh..lama sungguh tak update blog nih..heheheh..
pertama kali masak pindang ni, biasanya mak je yg masak..

Masak pindang nih ntah hari ke berapa puasa buat pun tak ingat..huhuhu..
dah macam org dalam pantang la pulak..

mcm biasa, resepi ambil dari kak Hanieliza..ubah-ubah sedikit sebab makan untuk seorang je..

Pindang Ikan


Bahan :

3 ekor Ikan tenggiri/selar/kembung/cermin
2 biji tomato
asam keping
1 batang serai (diketuk)
cili merah
cili hijau

garam
air
minyak

Bahan untuk ditumbuk :

3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
halia
kunyit

Cara :

1. Bersihkan ikan, ketepikan sebentar.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk dan cili merah & cili hijau.
3. Masukkan air, asam keping, serai, garam.
4. Biar menggelegak, baru masukkan ikan.
5. Bila ikan masak, masukkan tomato.
6. siap untuk dimakan.









 
Free Blogger Templates Blogger Styles