Friday, June 7, 2013

Makanan Bayi.

Salam Jumaat semua.. Kejap je dah hujung minggu lagi. Seronok kan!

Hari ni nak membebel pasal makanan bayi. Ye lah kan, anak dara ai pun dah masuk 7 bulan. Tapi dia tak kuat sangat makan, beza dengan abang dia yang boleh habiskan semangkuk bubur atau puri. Mula-mula tu rasa down kejap sebab dia makan ada la 2-3 suap je, kecewa tau. Tapi bila tanya pendapat mommies yang lain, normal bila baby makan sikit. Dia baru nak belajar adjust tekak gitu.. Hehe. Phewww! Lega!

Aku punye homemade bubur or puree memang simple dan senang, cuma kene rajinkan diri mengupas dan potong-potong bahan je. Apa yang ada dalam fridge semua boleh humban dalam blender ni. Hehe. Mudah kan..

Source: Google lagi.

Ini lah blender yang aku guna sejak zaman Akif dulu. Bila Akif dah tak pakai aku belasah pulak buat smoothies guna ni. Hehe. Sekarang ni guna buat puree utk Tihani plak. Masih elok dan utuh. Berbaloi la dengan harganya.

Nak guna Avent Steamer & Blender ni pun senang sangat. Memula potong siap2 semua bahan yang nak dimasak, isi air ikut penyukat yang ada sekali dengan blender tu, pastu boleh la mula steam then blend. Senang kan. Hehe.

Nanti bila rajin aku tepek plak resepi-resepi homemade baby foods, bukan apa, boleh gak kongsi dengan mommies yang lain..

Ok lah, nak gi mandikan Tihani, panas pulak arini, berlengas badan oii.. Lepas mak dia pulak take turn. Heh.

Saturday, May 25, 2013

My Breastfeeding Journey.

Assalamualaikum readers.

Aku bersiaran secara langsung dari kampung, hujung minggu ni cuti panjang sikit, sempena Hari Wesak. Punye lah ramai umat yang kat highway semalam, semua macam kami la kot.
Alhamdulillah selamat sampai tanah tercinta, Johor.

Pagi ni nak mencoret pasal my breastfeeding journey, sepanjang 7 bulan. Still long way to go, I guess.

My Akif cuma dapat susu ibu seminggu pertama lepas bersalin, tu pun aku pam bagi guna botol. Sedih memang sedih, sebab ilmu penyusuan masa tu sangat-sangat kurang ditambah dengan sakit c-section dan masalah inverted nipples. Dan akhirnya mengalah dengan keadaan.

So, bila 2nd prengnancy memang dah berazam kuat nak cuba sampai berjaya breastfeed baby kali ni. Banyakkan pembacaan, kumpul ilmu setinggi mungkin. Dah cakap berulang kali kt doktor dan nurses yang nak exclusively breastfeed baby, so that diorg tak baby susu formula.

Sekembalinya aku ke bilik hospital lepas bersalin Tihani, memang diorg terus pass Tihani kat aku, minta cuba susukan baby. Tapi masa tu memang struggle la untuk both of us, Tihani tengah belajar nak latching, aku pulak pening kepala dengan inverted nipples. Seksa!

Masuk hari kedua dah rasa the B's dah bengkak, susu dh start banyak la kot ni. Suka tapi still terkial-kial anak beranak. Nurse suruh pam, bila pam tak banyak mana pun. Huhu.

Lepas 3 hari dah boleh balik rumah, sampai rumah dapat call dari hospital Tihani pulak kene warded sebab jaundice, murung kejap. Usaha la pam susu dan hantar ke hospital. Sikit jek, tak sampai 3 auns. Nurse bagitau memang tak cukup, kene topup dengan formula, baby besar, selera pun besar. Ok je lah, nak buat cmne, tapi hati dah risau takut sejarah Akif berulang kembali. Mujur warded sehari lebih je. Lega.

Masa tu aku dah tau apa masalah terbesar untuk breastfeed baby, selain semangat yang jitu, iaitu inverted nipples. Dengan keadaan yang macam tu memang baby makin susah nak latch on. Entah macam mana suami dapat ilham nak belikan nipple former. Ada banyak kat pasaran, tapi aku pakai brand Medela. Rupa-rupanya nipple former ni dah boleh start pakai masa tengah pregnant, by the time baby dah lahir masalah inverted tu dah selesai. Tapi takpe, better late than never, kan.. Memang menjadi. Highly recommended.


Source: mr. Google

Cuba cuba cuba, keep on struggling, baby memang akan mengamuk sebab dah lapar tapi tak dapat-dapat susu, jangan mengalah. Masa ni sokongan moral dari orang terdekat, suami, mak bapak, terutamanya, memang sangatttttttt penting. Akhirnya setelah dua minggu berjaya brestfeed baby tanpa perlu bergusti gayanya. Betapa heaven dan nikmat, rasa berbaloi segala usaha.

Dan sehingga detik ini, Tihani masih lagi fully menyusu badan. Harapan aku, dapat terus breastfeed sampai dia 24 bulan, eh ke sampai 30 bulan, kena study lagi ni.

Alhamdulillah.

Thursday, May 23, 2013

Setahun.

Assalamualaikum.. Hello readers.. Lama sungguh Aku tak update blog. Kalau rumah lama dah roboh kot. Hehe.

Sekarang dah kembali jadi surirumah, setelah bekerja hampir 9 bulan. Macam biskut pulak rasanya. Cuma Akif still pergi nursery macam biasa, sebab maknye tengah nak adapt dengan anak baru. Dalam masa terdekat ni, harap-harap dapat bebetul jaga dua anak syurga ini.

Alhamdulillah aku dah selamat bersalin baby kedua, 20/10/2012, csect lagi uols. Hehe. Sebab gula dalam darah tinggi and baby pun besar. Memang besar, 4kg, kus semangat. Dan paling gembira sebab berjaya juga fully breastfeed my baby. Mmg terbukti cepat kurus. Yes!

Oh lupe, namanya Hannah Tihani, memang saja tanak letak siti ke nur ke sebab dua patah nama ni pun dah kira panjang. Ayahnye nak nama Hannah, maknye nak nama Tihani, tanpa proses gaduh-masam muka-merajuk-pujuk, kami gabungkan je dua nama ni. Haha.


Semoga menjadi anak yang solehah dan mendamaikan hati ibu ayah.

Love you, and love Abang Akif too..

Wednesday, May 9, 2012

Manusia Semakin Tak Waras

Rasa nak gugur jantung bila tengok video yang dishare dalam facebook hari ni.
aku nak tengok sampai habis pun sangat-sangat tak lalu, sedih sangat.

yang aku sempat tengok budak tu nangis kat hujung bilik, mak dia ke sapa ntah gi lepuk dia dengan bantal, ulang2 kali okay..(ni versi silent mode, aku tak on volume)..
aku speku budak tu mcm baya Akif jek.

aku pun ada masa hilang gak sabar bila Akif buat perangai, tapi masih tau batas amarah.

dah banyak sangat lately nih dengar kes baby kena dera sana sini, malaysia jugak, belum lagi kira kat luar nun.

tolong lah sapa2 yang berkenaan, ambil tindakan yang sewajarnya pada orang2 mcm nih. kesian baby tak faham apa2 dari kecil lagi dah mentally abused.

p/s: apa la cerita budak yang koma dek kena sepak ngan boyfriend mak dia tu.sadis la! huwaaaaaaaaa..

Sunday, November 6, 2011

Dari Dapur di AidilAdha.

Syukur. Kira lulus gak la lauk hari raya aku. First time ni masak rendang, biasanya jadi assistant chef je. Hehe. Lega bila tengok laki sendiri makan mengulang rendang ku itu.

Rendang versi kak Hanieliza (forum cari) & lodeh resepi dari mak.

Akhir kata..salam AidilAdha. Lepas ni pulun makan daging korban pulak. Heh.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 18, 2011

Satu Tahun

Hari ni Akif genap setahun.oh besar dah anak ibu.hik. Alhamdulillah Akif dah pandai jalan. Ingat lagi masa umur 5 bulan baru nak belajar meniarap. Mula-mula bergerak secara gostan, 6 bulan baru betul merangkak ke depan. Tak cukup dengan tu terus pandai duduk gak. Suka la kami semua yang dok tertunggu-tunggu perkembangan Akif. Sambil tu gigih pulak belajar berpaut, berdiri..masih belum pro. Cukup umur 10 bulan dah pandai jalan. Gembira bukan kepalang mak bapak Akif. Heh. Dah membayangkan tak payah nak berdukung jek, tapi takde maknanya..ada gak datang mood dia nak mintak dukung. Ish. Gigi pulak tumbuh masa umur 9 bulan. Tumbuh sebatang je, belah bwh dulu. Lepas tu sakan tumbuh atas bwh kiri kanan. Sekarang ni dah ada 7 batang + 1 batang baru nampak ciput jek. Hehe. Akan tetapi Akif still tak reti nak pegang makanan sendiri. Benda selain makanan memang laju je dia nak pegang dan masuk mulut. Tapi kalau makanan kirim salam nak buat macam tu. Alahai anak omak nih. Macam-macam pengalaman pahit manis aku dan suami dah harung sepanjang kehadiran Akif dalam hidup kami. Semoga bahagia sentiasa mewarnai hidup kami sekeluarga. Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Menu Steak & Gang.

Terkabul jugak hajat aku semalam nak cuba buat mashed potato sendiri.MasyaAllah tak susah sangat rupanya. Kira lulus la.hehe.

Singgah Giant dulu beli barang jap.yang penting steak made in Giant kena rembat gak.haha.jam 6 sampai rumah, bersilat kat dapur buat mashed potato, buttered rice, coleslow dan akhir sekali baru masak steak. Sempat la siap beberapa minit sebelum buka.fuh!

Inilah hasil air tangan aku+giant..



Published with Blogger-droid v1.7.4
 
Free Blogger Templates Blogger Styles