Friday, August 21, 2009

Kisah Demam

Ahad - 16/08/09
Aku mula rasa perit tekak.Nak telan air liur pun susah je.Pulun jugaklah air masak & buah epal & oren.
Badan pun rasa macam penat je, mungkin sebab letih meronda 1 hari.

Isnin - 19/08/09
Sakit Kepala yang amat sangat.Rasa nak hantuk je kepala kat dinding.huh!

Selasa - 18/08/09
Masuk waktu petang dah rasa sangat tak selesa.Badan panas, berpeluh semacam.
Pergi klinik 1, doktor letak termometer bawah lidah.
Keputusan : Suhu normal.haih!rasa panas mcm nih tapi dia cakap normal?
Ubat : Demam, tahan sakit, sakit tekak, vitamin C, sengal badan..tu je yang ingat..huhu.
Disertakan MC sehari.

Rabu - 19/08/09
MC.Makan ubat.Tidur.
Badan panas macam tu jugak.

Khamis - 20/08/09
Petang khamis dah tak tahan sangat.Sebab rasa badan makin panas.Otak dah fikir bukan-bukan.
Pergi Klinik 2, kali ni doktor amik suhu kat dahi pulak.
Keputusan : 39 darjah celcius.Agak tinggi.
Doktor periksa nafas, dia cakap aku macam susah nak nafas.ah sudah!
dia cadangkan buat ujian saringan HIN1.Sangat takut ok!

"ujian tu buat macam mana?"
"ambil sampel dari hidung"

ok je lah kan.aku cuma nak kepastian je.kalau betul positif, apa lah nak jadi lepas tu.

Doktor siapkan barang-barang untuk buat ujian saringan tu.
Lepas tu dia masukkan 1 stick, rupa macam ala-ala termometer.
dia cucuk masuk sikit-sikit dalam hidung aku,pesan siap-siap jangan bersin..hehehe..
Masa dia cucuk tu, aku rasa mcm ada pedih je dlm hidung, sampai berair mata aku.
mungkin sebab kena tahan dari terbersin + sakit.
Lepas tu, tunggu la keputusan dalam 15-30 minit.

Sementara tunggu keputusan tu, aku bagitau abg & jia status aku.
Mujur abg anchor kat bintulu, sekurang-kurangnya aku masih dapat rasa dia dekat dengan aku, bagi semangat kat aku.

Aku dipanggil masuk ke bilik doktor..

"Macam mana doktor?"
"A bukan, B pun bukan"

sempat lagi tu nak melawak dengan aku.huhu!

dia hulur stick tu kat aku.tunjuk ada 1 jalur je.
dah macam buat ujian HIV masa nak menikah dulu..heheheh..

1 jalur = negatif H1N1

Syukur!

Masa ambil ubat, siap kena tulis nama lagi dalam satu buku log.
Rupanya aku pesakit pertama yang diorang buat ujian saringan.
Tak kisah lah, janji aku bebas H1N1.

Ubat : atibiotik, ubat demam, sakit tekak, bengkak.
Dapat MC 2 hari.

Jumaat - 21/08/09

Harini rasa macam dah ok sikit.Harap-harap aku cepat sihat.

Nota Kaki : terima kasih abg..syg tau walaupun abg takde di sisi syg setiap masa, tapi abg sentiasa ada bila tiba masa syg betul-betul perlukan abg..






No comments:

Post a Comment

 
Free Blogger Templates Blogger Styles