Friday, August 21, 2009

Selamat Datang Ramadhan



Selamat tinggal Syaaban.

Selamat datang Ramadhan.

Semoga aku & kalian semua dapat menyempurnakan ibadah puasa dan memanfaatkan sepenuhnya kehadiran bulan Ramadhan kali ini..




Kisah Demam

Ahad - 16/08/09
Aku mula rasa perit tekak.Nak telan air liur pun susah je.Pulun jugaklah air masak & buah epal & oren.
Badan pun rasa macam penat je, mungkin sebab letih meronda 1 hari.

Isnin - 19/08/09
Sakit Kepala yang amat sangat.Rasa nak hantuk je kepala kat dinding.huh!

Selasa - 18/08/09
Masuk waktu petang dah rasa sangat tak selesa.Badan panas, berpeluh semacam.
Pergi klinik 1, doktor letak termometer bawah lidah.
Keputusan : Suhu normal.haih!rasa panas mcm nih tapi dia cakap normal?
Ubat : Demam, tahan sakit, sakit tekak, vitamin C, sengal badan..tu je yang ingat..huhu.
Disertakan MC sehari.

Rabu - 19/08/09
MC.Makan ubat.Tidur.
Badan panas macam tu jugak.

Khamis - 20/08/09
Petang khamis dah tak tahan sangat.Sebab rasa badan makin panas.Otak dah fikir bukan-bukan.
Pergi Klinik 2, kali ni doktor amik suhu kat dahi pulak.
Keputusan : 39 darjah celcius.Agak tinggi.
Doktor periksa nafas, dia cakap aku macam susah nak nafas.ah sudah!
dia cadangkan buat ujian saringan HIN1.Sangat takut ok!

"ujian tu buat macam mana?"
"ambil sampel dari hidung"

ok je lah kan.aku cuma nak kepastian je.kalau betul positif, apa lah nak jadi lepas tu.

Doktor siapkan barang-barang untuk buat ujian saringan tu.
Lepas tu dia masukkan 1 stick, rupa macam ala-ala termometer.
dia cucuk masuk sikit-sikit dalam hidung aku,pesan siap-siap jangan bersin..hehehe..
Masa dia cucuk tu, aku rasa mcm ada pedih je dlm hidung, sampai berair mata aku.
mungkin sebab kena tahan dari terbersin + sakit.
Lepas tu, tunggu la keputusan dalam 15-30 minit.

Sementara tunggu keputusan tu, aku bagitau abg & jia status aku.
Mujur abg anchor kat bintulu, sekurang-kurangnya aku masih dapat rasa dia dekat dengan aku, bagi semangat kat aku.

Aku dipanggil masuk ke bilik doktor..

"Macam mana doktor?"
"A bukan, B pun bukan"

sempat lagi tu nak melawak dengan aku.huhu!

dia hulur stick tu kat aku.tunjuk ada 1 jalur je.
dah macam buat ujian HIV masa nak menikah dulu..heheheh..

1 jalur = negatif H1N1

Syukur!

Masa ambil ubat, siap kena tulis nama lagi dalam satu buku log.
Rupanya aku pesakit pertama yang diorang buat ujian saringan.
Tak kisah lah, janji aku bebas H1N1.

Ubat : atibiotik, ubat demam, sakit tekak, bengkak.
Dapat MC 2 hari.

Jumaat - 21/08/09

Harini rasa macam dah ok sikit.Harap-harap aku cepat sihat.

Nota Kaki : terima kasih abg..syg tau walaupun abg takde di sisi syg setiap masa, tapi abg sentiasa ada bila tiba masa syg betul-betul perlukan abg..






Sunday, August 16, 2009

Hari Bersama Adik

Jam baru 10 pagi..oh lebih sikit sebenarnya..hehehe..
tp aku dan Jia sudah terpacak di depan OU..
kami sangat bertenaga untuk meredah segala pelosok OU dan besar kemungkinan ke The Curve pula..
gigih berjalan arini!eheheh..

tujuan utama : cari beg tangan untuk Jia
tujuan sampingan : makan-makan dan cuci mata

merata cari beg tangan Jia..tak jumpa lagi yg berkenan..aduh!
Nasib baik tak ramai umat manusia dan kaki masih gagah lagi nak menapak..

dari Jusco sampai lah ke fossil, segala jenis bentuk beg tangan dah kami jumpa..
tak boleh nak ingat semua kedai yang kami masuk, banyak banget..
yang berkenan tak padan pula dengan bajet, yang padan dengan bajet pula tak berkenan di hati..


sambil mencari beg tangan, sempat lagi masuk MPH, teringat pula nak cari buku panduan solat sunat, nanti tak lah tergagap-gagap nak solat terawih..hehehe..
semangat awal puasa je ni, tapi harap-harap makin rajin lah memandangkan dah ada buku nih..

Tengah hari, rehat kejap di Waffle World..
memang dah rancang nak ajak Jia makan di sini..
mcm biasa, menu Pancakes Blueberry..Yummyyyyyyyyyyy!!
licin pinggan hoccayyy!heheheh..


Jalan-jalan lagi..tak jumpa juga..uwaaaaaaaaaaaaaaa!!
Bayar tiket parking, zassssssssssssssssss pergi The Curve!

Di The Curve..
Pun sama juga, banyak sangat pilihan, pening kepala jadinya..
Hampir-hampir putus asa, ternampak pula beg tangan yang dicari-cari..
sambarrrrrrrrrrrrrr terus..


Sebelum balik, sempat lagi meronda di Tesco, gunting rambut (kes penat sangat, nak rehattt,Jia pun ckp diorg potong pun ok, jalan je lah)..
sebelum turun pergi ke kereta, sempat lagi beli baju..
oh! nih dah betul-betul sakit kepala..memang dah isyarat suruh balik..hehehe..

Sebelum jejak ke rumah, ajak Jia makan dulu..

malas pula nak keluar cari makanan malam nanti, apatah lagi nak memasak..huhu!

bila makan di Gulam Mee, menu biasa, nasi putih + sup daging..baru rasa segar otak..

Memang penat tapi puas hati sebab dapat juga belikan beg tangan untuk Jia..


Pancakes Blueberry di Waffle World..Yummyyyyyyyyyy!

Nota Kaki : Anis, nanti kita sama-sama membaham di Waffle World pula weh..anda dijamin tidak kecewa..

Saturday, August 15, 2009

9 Bulan

Tak ingat bulan berapa entah asterok kan ada tayangkan rancangan "In The Womb"..
tapi tak dapat nak tengok sebab tak langgan channel tu..huhu!
nasib baik ada internet, bab kata orang, segalanya di hujung jari..dapat juga tengok di youtube..hehehehe..saya sangat suka!

sangat menakjubkan!

selama ni cuma belajar secara teori, tapi bila dapat tengok secara visual..wow!
macam ni rupanya kita semua masa dalam perut ibu masing-masing..

sangat syahdu!

makin berkobar-kobar perasaan nak merasa sendiri macam mana mengandung, melahirkan dan ada anak sendiri..

bila lah masa ku akan tiba??
tak sabar nak tunggu saat-saat itu..

buat kawan-kawan yg telah & sedang melalui proses menjadi ibu, tahniah diucapkan..
buat yang masih menanti kehadiran orang baru, sama-sama lah kita berusaha..cewahhh!!



Nota Kaki : Video ini adalah ringkasan daripada "In the Womb"..sekarang ni tengah gigih mengkhatamkan semua video "In the Womb" yg diupload di youtube..hehehe..

Kembara ke Pulau Pinang

Bila dapat tahu tarikh abang naik kapal, aku terus jadi tak keruan..Ye lah, tak sedia lagi nak ditinggalkan seorang diri..mak & ayah mencadangkan agar kami pergi jalan-jalan berdua, ala-ala honeymoon gitu..
Dengan agak terburu-buru, kami berdua mengambil keputusan untuk makan angin di Pulau Pinang..
Seronok juga jalan-jalan tanpa dirancang ni..heheheh..



Pemandangan dr bilik hotel..


bagi makan kat ikan..sgt banyak hoccay..menderu-deru dtg bila tabur makanan..heheh..


sang penyu..


kedai Habib Jewels yang klasik..


pemandangan dr luar masjid..


bersungguh-sungguh abg cari papan tanda jalan ni..heheheh


pemandangan dari Bukit Bendera..


Dua muka ceria yang dapat sampai ke Bukit Bendera..


Pemandu pelancong kami, Beckham..tanpa dia, mmg kami tak tau nak ronda ke mana..
thx beb!

Nota Kaki : Pulau Pinang memang syurga makanan..2 hari berturut-turut membaham nasi kandar..yummyyyyyyy!!

Ayam Masak Lada Hitam

Sangat lama tak update blog ni..takde apa pun yg nak ditulis..huh!

Pening fikir nak masak apa lah arini..ada ayam je..
Inilah hasil masakan campak-apa-saja-yang-ada-di-dapur..heheheh..

Ayam Masak Lada Hitam

Bahan:

Ayam (potong kecil-kecil)

2 labu bawang merah (1 mayang, 1 tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
Halia (tumbuk)
Kunyit (tumbuk)
Lada hitam (tumbuk)
Air
Sos Tiram
Kicap pekat
1 batang cili merah (hiris)


Cara:

1. Tumis bawang hiris & bahan tumbuk.
2. Masukkan sedikit air.
3. Masukkan ayam.
4. Masukkan sos tiram & kicap.
5. Bila ayam pun dah empuk, masukkan cili merah. Biarkan sekejap, matikan api.
6. Hidangkan dan makannnnnnnnnn..

Monday, August 10, 2009

Ayam Masak Kurma

Ni lauk makan smalam..lambat la pula hapdet blog nih..

Bahan:


Ayam
1 labu bawang besar (mayang)
2 ulas bawang putih (hiris)
Halia (hiris)
Rempah kurma
1/2 cawan santan <------ganti dengan yogurt

Air
1 biji kentang
Cili merah
1 biji tomato

Cara:

1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia sampai naik bau.
2. Campurkan rempah kurma dengan sedikit air, masukkan dalam tumisan.
3. Masukkan kentang,ayam. Biarkan sampai sedikit empuk.
4. Tambah sedikit air lagi.
5. Masukkan santan / yogurt.
6. Masukkan cili merah & tomato.



Nota Kaki : Layan gak gantikan santan dengan yogurt nih..Lepas nih boleh cuba pula masak kari letak yogurt..errrr nasi lemak boleh ke??huhu..

Sunday, August 9, 2009

Pagi Ahad Yang Cergas

Lepas Subuh dah tak boleh nak tido..Pelik gak, sebab kalau hari kerja, mengantukkkkkk sajee..
Mungkin sebab dah rancang nak pergi klinik, kaki den bengkak la plak..
ntah serangga apa la yg geget nih..

kul 8 lebih dh siap-siap nak keluar, cadang nak pergi Klinik Gomez je..
Faktor 1 : dekat dengan rumah
Faktor 2 : dah biasa dengan klinik tu..
malangnya doktor plak masuk pukul 9..huh!

sambil nak tunggu doktor sampai, terfikir la nak basuh kereta, tengok tempat basuh kereta pun tak buka lagi..haih!hilang mood nak basuh kereta..

ronda-ronda lagi..terjumpa 1 klinik dekat area Gulam Mee..Klinik Mediviron..

blasah je lah g klinik ni..mmg dah rezeki diorg pagi ahad nih..

Kesimpulan doktor :
kena geget serangga, dapat la ubat tahan gatal + ubat sapu
kos = RM27
ok la..rasenye kalau pergi klinik lg 1 td, mahal sikit kot..
Harap-harap cepat la elok kaki nih..merenyam je dok gatal..huhuhuhu..

Nota Kaki : Segan nak tepek gambar kaki yg bengkak kat sini..kaki den tak sedap mata memandang..heheheheh..

Saturday, August 8, 2009

Sup Ikan Merah

Bahan:

1 ekor ikan merah (siang & potong)

1 labu bawang besar (mayang)
Rempah sup/sup bunjut
1 biji kentang (potong 8)
1/2 lobak (potong)
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam
Air
Daun sup


Bahan Tumbuk:
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
halia

Cara:

1. Tumis bawang besar & bahan tumbuk sampai wangi.
2. Masukkan air secukupnya.
3. Masukkan rempah sup.
4. Masukkan kentang & lobak.
5. Masukkan ikan merah.
6. Masukkan serbuk lada hitam.
7. Perasakan dengan garam.
8. Hidangkan & tabur daun sup.


Siapppppppp!!


Sedia untuk dimakan..Wallaaaaaaaaa!!

Friday, August 7, 2009

Mee Cintan & Telur

Terasa cm nk mkn mee segera..smalam dpt rembat mee cintan..
ape lg, berkobar-kobar nk membaham mlm nih..hehehe..

mempersembahkan...menu mlm ni..

Mee Cintan & Telur

** letak bawang + bebola ikan + telur supaya tak lah nampak mcm pemalas sgt..hehehehe..



Saya makan duluuuuuu..aummmmmm!!!


JM Beriani


promosi tak hengat nih..harusss la dapat komisyen kan..heheheh..


Hadoiiii la...
smalam langsung tak boleh nk masuk blog..arini pagi2 dah hadap blog..heheheh..

tak larat la plak nk masak smalam..makanya beli je la menu buka puasa..


Nasi beriani


Lauk kambing


Acar Buah


Dalca (tak suka sgt mkn dalca..mana2 dalca pun tak suka..huhuh)


Jom makan!!

Kos set nasi beriani kambing nih = RM11.95 ( termasuk cukai)

tak beli air, jimatttttt..hehehehe..

Wednesday, August 5, 2009

Sotong Goreng Kunyit

Terasa mcm nak cuba buat sotong goreng kunyit..Jumpa plak resepi kt forum cari.com.. kire hajat tercapai la kan..hehehe..resepi nih dr kak hanieliza..

Bahan:

sotong (buangkan kulit & biarkan seekor2)
sedikit kunyit
sedikit garam
1 biji tomato
2 biji cili merah (mayang)
cili hijau (mmayang) <----ni tak letak
daun bawang (potong pendek) <----ni tak letak
minyak

Bahan Tumis (hiriskan)

bawang putih<----ni tak letak, tade stok..heheheh..
1 labu bawang besar
halia

Cara:


1. Gaulkan sotong dengan kunyit dan garam. Ketepikan.
2. Panaskan minyak & tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan sotong & kacau.
4. Masukkan tomato dan cili. Kacau rata.
5. Bila sotong dah masak, tutup api dan masukkan daun bawang.
6. Hidangkan.


Tuesday, August 4, 2009

Bihun Putih @ Singapore

Bahan:

Bihun

3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
lada hitam (agak-agak nk byk mane)
Udang

Lobak
Bebola ikan
1 biji telur
Garam

Cara:

1.Tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada hitam.
2.Tumiskan bahan-bahan yg ditumbuk td.
3.Masukkan udang.
4.Masukkan bebola ikan, lobak.
5. Masukkan telur.Perasakan dengan garam.
6.Masukkan bihun. gaul smpi sebati.

Dah siappppppp..heheheh..senang je kan?


Monday, August 3, 2009

Romantika di Cameron Highlands

Terkenang momen bulan madu di cameron..asyik sungguh menatap gambar-gambar yg sempat dirakamkan..


Tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam di Cameron.. Layanan sangat ok..


pose sebelum mula meronda..


Big Red Strawberry Farm..
kt sini ada strawberi, kobis yg ditanam secara hidroponik dan kaktus..
yg penting masuk percuma..heheheh..


strawberi yg boleh dipetik sesuka hati..hehehe..
1/2 kg = RM15


Menu di Big Red Strawberry Farm..


Close Up..bg kecur liur!


Pemandangan di BOH Tea Garden..
(SIPUT pn posing gk tu..hehehe..)


Cobaan ke atas 2 jenis teh yg tak pernah dirasa sebelum ni..
Layan gak!


Close up daun teh..


dalam perjalanan turun dr Cameron..kabus tebal kiri dan kanan..


Peace n Out!
hehehehe..



Sunday, August 2, 2009

Jason Mraz feat Colbie Caillat - Lucky

Mungkin aku agak lewat menobatkan lagu ini sebagai lagu kegemaranku..
dengar byk kali pun tak muak..
gandingan yang sherashi...

Jason Mraz feat Colbie Caillat - Lucky

Do you hear me
I’m talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I’m trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

They don’t know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I’ll wait for you I promise you, I will

I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we’re in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I’m sailing through the sea
To an island where we’ll meet
You’ll hear the music fill the air
I’ll put a flower in your hair
though the breezes through trees
Move so pretty you’re all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I’m lucky we’re in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

~enjoy~

Saturday, August 1, 2009

Domino's

Hari Sabtu = Hari Melingkar Sedunia.

hehehehe..

mungkin aku je yg dok melingkar kt umah..org lain sebok dgn macam-macam rancangan..

bila dah memerap saja di rumah, sah-sah la graf kemalasan untuk bergerak waima utk mencari makanan meningkat secara mendadak..
lantas, google saja website domino's..usha menu apa yang best untuk dilahap malam ni..ehehhehe..

Ini lah menu mlm nih..


tak sabar dah nak makan..br smpi nih..


clssified chicken pizza, crunchy thin crust..


CinnaStix with icing..rasa icing ni ala-ala banana kaya dessert..layann gak!


chicken lasagna..my all time favorite!yummyyyy!!!

order combo meal 1 (pizza + cinnastix + air) + lasagna = RM38.60

ok la..sesekali belanja untuk diri sendiri..heheheh..
nih pizza pn tak habis lg..kenyang sangat!

Apepun, puas hati dpt order domino's..lama dah dok mengidam!
(hahahahah..ayat macam la tgh peknen..)
 
Free Blogger Templates Blogger Styles